‘ Memaafkan tidak merubah masa lalu tetapi melapangkan masa depan.. ’
Ia..
Memberi maksud yang mendalam mengenai amalan yang mulia ini.
Meskipun maaf adalah perkataan yang sangat mudah tetapi ia sukar dilafazkan sebaik mata bertentangan dengan individu/seseorang yang dibenci. Tetapi jika sudah mengungkapkan kata maaf namun terdetik juga dihati sukar untuk meleraikan perasaan yang berbekas menyebabkan ketulusan kata maaf tidak sampai ke matlamatnya.
Ia juga mungkin akan berlaku didalam diri seseorang si penerima dimana ia juga sukar untuk menerima kata maaf dan seterusnya memandang sepi maaf itu.
Tidak nampak seperti emas mahupun permata, kata maaf tidak dihargai, malah ditabur pula sungutan geram kerana benci masih bermaharajalela didalam diri seseorang.
Pokok pangkalnya dalam soal menyemai sifat pemaaf agar ia cukup tulus dari hati, perlulah hati itu sendiri dibersihkan.
Amalan dalam mendidik hhati supaya mudah memaafkan org lain :
J meletakkan posisi di tempat orang yang meminta maaf
J menghindari perasaan dendam
J menegur sapa sesama insane
J merendahkan ego jangan melampui batas
J mengamalkan membaca kisah terdahulu
rujukan : metro ahad J
rujukan : metro ahad J
No comments:
Post a Comment